Monday, June 8, 2009
Inilah jalan yang lurus
Kita sering meminta kepada-Nya, tetapi apabila telah ditunjukkan kita sendiri mensia2kannya. Jawapan Allah tidak kita dengar. Jalan yang ditunjuki-Nya tidak kita ikuti. Teladan yang ditetapkan telah kita pinggirkan. Mengapa ini terjadi??
Telah beribu-rbu kali kita memohon kepada tuhan untuk ditunjukkan jalan yang benar. tetapi kita sering kali mengendahkan jawapan yang telah diberikan. Saya secara jujur mengambil sikap seperti ini. Alangkah malangnya kita jika kita mengambil sikap tidak peduli terhadap jawapan-Nya.
Amat sukar sekali untuk saya meluahkan pengalaman saya kerana ia melibatkan aib saya. Setiap kali bertaubat setiap kali tu jugalah saya akan mengulang perkara yang sama. Ya Allah betapa lemahnya hambamu ini, sering terpengaruh dengan bisikan syaitan yg direjam. Setiap kali saya melakukan perkara maksiat tersebut, terasa seperti hidup ini tidak bermakna...Ya Allah, ampunilah hambamu ini...
Didalam satu hadis meriwayatkan, bhw rasulullah s.a.w pernah bersabda, pada pengujung zaman kelak, terdapat satu golongan yang lemah, bodoh dan berpura2 membincangkan perkara2 agama sedangkan dibelakang maksiat berleluasa dilakukan...Ya Allah hambamu ini tidak mahu tergolong didalam golongan seperti ini...
Pagi, petang tengahari, tidak jemu2 kita memohon jalan yang lurus daripada Allah. Semuanya kita ungkapkan daripada surah Al-fatihah yang kita baca setiap kali sembahyang. Bukan setakat sembahyang sahaja malah setiap kali kita membacanya tidak kira dlm apa jua keadaan, kita memohon kepadanya untuk ditunjukkan jalan yang lurus...tetapi kita tidak pernah menyahutnya...
Telah diberi jalan, tetapi jalan lain pula yg dipilih kita, berasa malulah kita kepada Allah...hiburan juga yang dipilih oleh kita, bukannya ceramah...maksiat juga yang dipilih kita, bukannya ibadat...
apabila melihat golongan remaja yang semakin terpinggir daripada agama, rasa terkilan yang amat sgt apabila melihat rakan sebaya menjadi begitu...lihat sjalah drama2 di tv yang memaparkan pelbagai situasi kehidupan sekarang..pergh, tgk cara berpakain arits2 ni...cara hidup yang liar, pergaulan bebas, rempitlah, pekjedah dan mcm2 lagi...
sunnguh hati terdetik dan akal terfikir...sampai bila mereka ingin jadi begini...salah siapa???
Ibubapa, guru2, rakan sebaya ataupun..KERAJAAN sekarang..
anda fikir2kanlah...
kita ni cuma menumpang di bumi tuhan, lambat laun kita akan kembali kepadanya. Sudahlah menumpang, buat plak perkara maksiat dimuka bumi nie...bermuka tempayannya kita...
ingtalah..hidup ini hanya sementara...lambat laun kita akan mati juga..tetapi bagaimana caranya kita mati..adakah dlm iman ataupun didalam kekufuran...
mati didalam jihad ataupun mati sakit jantung yg sia2...
ada otak, ada iman...fikir2kan lah...
tadak otak pegi JALAN daaaa.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment