Monday, November 30, 2009

Innalillihi wa ilaihiraaji'uunnn...

myMetro: "IPOH: “Sebelum ini, ramai saudara-mara dan kenalan lama ibu bapa sering bergurau mengatakan mereka pasangan sehidup semati kerana tidak pernah berenggang walau ke mana sekali pun, termasuk ke kedai runcit berhampiran rumah.

“Saya tidak sangka kata-kata gurauan itu jadi kenyataan apabila mereka berdua pergi meninggalkan kami sekeluarga serentak dan lebih menyedihkan, ia berlaku di depan mata kami,” kata Izma Zainal Amran, 36, anak perempuan pasangan suami isteri yang maut dalam kemalangan di Grik, petang kelmarin.

Dalam kemalangan kira-kira jam 3.30 petang di Kilometer 48, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Zainal Amran Mohamed Ali, 66, dan isteri, Suhaimah @ Sahemah Mohd Ali, 62, terbunuh apabila kereta dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta lain dari arah bertentangan yang dipercayai hilang kawalan akibat dipandu laju.

Lebih tragis, kemalangan itu berlaku di depan ahli keluarga yang menaiki empat lagi kenderaan di belakang ketika dalam perjalanan ke majlis menyambut menantu di Tanah Merah, Kelantan."

Sunday, November 22, 2009

"apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditinpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya. 'bilakah datangnya pertolongan Allah?' ingatlah, sesungguhnya perolongan Allah itu amat dekat."

ak menyedari hakikat bahawa perjuangan menegakkan kalimah Allah bukanlah hadir dengan bentangan karpet merah, kesenangan wang ringgit dan segala yang senang2 belaka...

tetapi ingatlah perjuangan Rasullullah dlu pun dpenuhi dengan onak ranjau yg perit...
insyaAllah suatu hr nnt Islam akn tertegak kembali...

Friday, November 20, 2009

hidupku penuh dengan pengajaran...
orang2 di sekeliling ak membantu ak untuk berfikir dan menelaah konsep kehidupan hakiki...
jadilah sperti mereka kerana mereka mampu mencorak diri ku yg kerdil ini...
adaptasi peperangan dan bijak mengatur strategi dlm kehidupuan merupakan nadi utma kejayaan...

jadilah sperti...

en.dasuki kerana sikap keterbukaannya
zack kerana prinsipnya
azizi kerana istiqamahnya
amir kerana ketelitiannya
naqib kerana kepimpinannya
shakur kerana kesabarannya
ibrahim kerana keterampilannya
mior kerana ketegasannya
fazril kerana kepetahan berbicaranya
azhari kerana falsafahnya


kenalilah prinsip Tzun zu the art of war..."kenalilah musuh kamu, kamu takkan tumpas walaupun 1000 kali peperangan"...

Tuesday, November 17, 2009


KENYATAAN HIDUP DISEBALIK PERMAINAN INI

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada
anak muridnya. Ia duduk menghadap anak muridnya. Di tangan kirinya ada
kapur, di tangan kanannya ada kayu pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu
permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan
kanan ada kayu pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka sebutlah "Kapur!",
jika saya angkat kayu pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"

Anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan betul. Guru bersilih-ganti
mengangkat tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin cepat.
Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan.
Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat
kayu pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu
saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk
mengubahnya. Namun lambat laun, mereka kembali biasa dan tidak kekok lagi.
Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Guru tersenyum kepada anak muridnya. "Murid-murid, begitulah kita
umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita
begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, satelah musuh kita memaksakan
kepada kita dengan perbagai cara untuk menukarkan sesuatu, perkara yang
haq telah menjadi bathil, dan sebaliknya. Pada mulanya agak sukar bagi
kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan
pelbagai cara menarik oleh mereka, lambat laun kita akan terbiasa
dengan hal itu, seterusnya kita mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kita
tidak pernah berhenti membolak-balik dan menukar nilai murni akidah/hukum Islam
dari masa ke semasa.

"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina
tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa
rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan
yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa,
materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya
sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit
menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Faham?" tanya
Guru kepada anak muridnya.

"Baik untuk permainan kedua..." Gurunya meneruskannya. .....

"Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda
berdiri diluar karpet. Permainannya adalah , bagaimana caranya mengambil
Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?"

Murid-muridnya berfikir . Ada yang mencuba dengan tongkat, dan
selainnya.

Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil
Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet .."Murid-murid,
begitulah ummat Islam dengan musuhnya. .. Musuh Islam tidak akan
memijak-mijak anda dengan terang-terangan. ..Kerana tentu anda akan
menolaknya dengan mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam
dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan monolak kita secara ansur-ansur,
sehingga kita tidak sedar.

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang
kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat.
Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn
tapaknya dulu, tentu saja dinding dan peralatan akan dikeluarkan dulu,

kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah
dihancurkan. ..."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan
menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan merusakan kita.
Mulai dari perangai kita, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga
meskipun kita muslim, tapi kita telah meninggalkan ajaran Islam dan
mengikuti cara mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini
semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang
dijalankan oleh musuh musuh kita... "

"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak kita, cikgu?" tanya
murid- murid.

"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang Islam, misalnya Perang
Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi."
"Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan
sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang secara terang-terangan,
kita akan bangkit serentak, baru mereka gerun".

"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita
berdoa dahulu sebelum pulang..."

RENUNGILAH SAHABAT SEMUA..

TOLONG SEBARKAN PADA SAUDARA2 ISLAM KITA..MOGA ALLAH MEMBERI TAUFIQ DAN
HIDAYAH PADA KITA DAN KELUARGA KITA... MARILAH KITA SAMA2 SEDAR BAHAWA
AGAMA,BANGSA DAN TANAHAIR KITA SEMAKIN TERANCAM!

UMAT ISLAM SEMAKIN MUDAH DIBELI DENGAN WANG RINGGIT, DILALAIKAN DENGAN
KEINDAHAN DAN MEMUJA KESERONOKAN HIDUP, HINGGA HILANG MARUAH DAN HARGA
DIRI!!

JUSTERU, MARILAH, KITA BETULKAN APA YG TERMAMPU BERSAMA2..USAH HANYA
BILA SEGALANYA SUDAH TERJADI, SAMA SEPERTI SAUDARA KITA DINEGARA2
LAINNYA, BARU KESEDARAN ITU TIMBUL, MUNGKIN MASIH BELUM TERLAMBAT TAPI
KITA SUDAH TERLEWAT UTK MERUBAH DAN MEMBAIKI KEROSAKAN YG DIALAMI.

Friday, November 13, 2009

“Sungguh menghairankan. Tidakkah Ashaab al-Kahf itu mengalami claustrophobia?” tanya seorang anak muda.

“Haha, menarik juga soalan anta. Tak pernah terlintas di fikiran ustaz,” saya membalas.

Claustrophobia itu didefinisikan sebagai ketakutan yang melampau oleh seseorang terhadap bilik atau ruang yang sempit, atau tertutup. Mereka yang mengalaminya akan mengalami keresahan, sesak nafas, menggeletar, kepala menjadi ringan dan seperti berpusing apabila berada di dalam ruang yang terhad seperti lif, bilik stor, malah kabin pesawat Boeing 747.

Pintu-pintu keluar akan segera dicari dan mereka sedaya upaya akan berusaha untuk berada hampir dengannya.

Tentu sahaja, jika seseorang sampai ke tahap ini, ia sudah dikategorikan sebagai masalah psikologi yang memerlukan kepada rawatan khusus.


Tetapi, untuk seseorang yang tidak mempunyai sejarah gejala claustrophobia sekali pun, duduk di dalam gua yang sempit dengan jumlah yang ramai bukanlah satu situasi yang selesa. Suasana yang gelap, pengudaraan yang tidak lancar seperti di lereng bukit atau padang yang indah, gua bukanlah tempat mencari damai.

ASHAAB AL-KAHF

Namun, sifir biasa itu tidak berlaku kepad Ashaab al-Kahf.

Mereka mengisytiharkan iman kepada Allah di tengah-tengah kekufuran massa, dunia yang indah dan luas terbentang menjadi sempit akibat tekanan memuncak yang dikenakan ke atas pemuda-pemuda yang beriman itu. Justeru, Allah Subhanahu wa Ta’aala menjemput anak muda itu melakukan hijrah yang luar biasa.

TINGGALKAN KESEMPITAN DUNIA, PERGILAH KEPADA KELUASAN GUA

Benar.

Tinggalkan dunia yang sempit itu dan pergilah ke gua yang lapang, yang aman dan mendamaikan.

Setelah segala jalan kebaikan tertutup dan kejahatan mengancam survival diri, Allah memerintahkan Ashaab al-Kahf beruzlah meninggalkan gelombang Kufur untuk menyelamatkan diri.

Firman-Nya:

“Dan oleh kerana kamu telah mengasingkan diri dari mereka dan dari apa yang mereka sembah yang lain dari Allah, maka pergilah kamu berlindung di gua itu…” [al-Kahf 18: 16]

Gua itu bukan tempat kurungan.

Ia bukan sebuah kesempitan yang menjadikan Ashaab al-Kahf kehilangan segalanya daripada dunia yang pernah mereka miliki.

Ia bukan sebuah penjara.

ANDAI IA SEBUAH PENJARA

Malah jika ia sebuah penjara sekali pun, Yusuf ‘alayhi al-Salaam juga pernah dipenjara, sebelumnya pernah juga dibuang ke dalam telaga. Yunus ‘alayhi al-Salaam pernah berada 3 malam di dalam kegelapan di perut ikan! Musa ‘alayhi al-Salaam pernah hanyut di sungai dalam kotak kayu yang menampung diri. Malah Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah berada di sebuah gua sempit bersama sahabatnya Abu Bakr radhiyallaahu ‘anhu dalam misi Hijrah ke Madinah.

Ironi sekali.

Di dalam penjara, telaga, gua, kotak kecil yang hanyut, malah di perut ikan, di situlah manusia-manusia hebat ini bertemu dengan ketenangan dan kebahagiaan. Mereka tidak resah berada di ruang yang sempit itu, sebaliknya di situlah mereka berasa dekat dengan Allah Subhanahu wa Ta’aala, tidak pernah menganggap yang ia suatu pengasingan atau pemencilan.

Apa rahsianya?



“Dan oleh kerana kamu telah mengasingkan diri dari mereka dan dari apa yang mereka sembah yang lain dari Allah, maka pergilah kamu berlindung di gua itu, supaya Tuhan kamu melimpahkan dari rahmatNya kepada kamu, dan menyediakan kemudahan-kemudahan untuk (menjayakan) urusan kamu dengan memberikan bantuan yang berguna“ [Al-Kahf 18: 16]

Segala kemudahan yang diberikan Allah dalam ruang serta peluang yang serba terhad itu, tersimpul di dalam sebuah kalimah yang amat besar ertinya.

RAHMAT ALLAH

Itulah yang dianugerahkan oleh Allah kepada Ashaab al-Kahf. Gua yang sempit itu menjadi luas apabila mereka dilimpahkan oleh Allah dengan Rahmat, yakni kasih sayang dan perhatian-Nya.

Bahagia atau derita, ia adalah bahasa hati.

Hati yang menentukan sama ada kita bahagia atau derita.

Tatkala hati manusia basah dengan limpahan Rahmat-Nya, ketika itulah diri menjadi manusia paling bahagia, biar pun tidak banyak yang ada di genggaman tangan.

PENGAJARAN BUAT MANUSIA KHUSUS

Pejuang, jalannya penuh mehnah.

Seruan mengajak manusia kepada mentaati Allah, menjauhkan manusia daripada taghut, adalah tanggungjawab yang besar di atas bahu manusia mukmin. Jalan itu menjanjikan bara api dan tempa yang memang menjadi Sunnatullah kerana hanya dengan ujian itu, terbit berlian yang indah dan bernilai tinggi.

Besarlah keperluan para da’ie, untuk hatinya kaya dengan kasih sayang Allah.

Tangannya mungkin tidak banyak menggenggam, tetapi itu bukan syarat untuk menjadi bahagia di kelana sementara ini. Segalanya ditentukan oleh hati. Hati yang beroleh limpahan Rahmat, atau sebaliknya.

Itulah rahsia pejuang Islam.

Tatkala Ibn Taimiyah diberitahu tentang perancangan penguasa untuk membuang beliau ke Iskandariah atau mungkin sahaja beliau dibunuh, Ibn Taimiyah berkata:



“Jika aku dibunuh, maka bagiku kurniaan syahadah. Andai mereka membuangku, maka ia bagiku adalah sebuah hijrah. Seandainya mereka menyingkirkan aku ke Cyprus, akan kuseru penduduknya kepada Allah dan mereka akan menyahut seruanku. Seandainya mereka memenjarakan aku, ia menjadi rumah ibadahku…”

Dicelup tidak basah.

Dibakar tidak hangus.

Ketika hati dilimpahi Rahmat-Nya.

sumber;abusaif@saifulislam

Sunday, November 8, 2009

aloq staq!!






khamis yg lepas aku ke alor star buat ke sekian kalinya...

bndr alor star ni amat menenangkan fikiranku...ntah kenapa...

mgkn kerana pemandunya yg berhemah,mgkn kerana mkanannya yg murah, mgkn kerana majoriti pendudknya melayu bukan seperti di ipoh, mgkn byk sgt masjid dan sekolah di alor star...mgkn....

tapi apa yg best kat alor star nie...penduduknya yg majoriti melayu melakukan aktiviti perniagaan..which is good, improving the malay economic state...

mknan kat sane seriously murah...well most of the part la...not all..

seronok tgk alor star nie, sudah ada environment islamic...sejak berlaih kerajaan nie...sedap mata memandang...di tepi jalanraya bandar ada terpampang gambar pemimpin bersama sepotong ayat quran or hadis...oh...sejuk je...

aku ade singgah di sebuah masjid al-bukhari...seni binaannya agak unik dan lawa...

apa yg paling tersentuh adalah bukan masjid itu...tetapi bukhari itu...

yayasan al-bukhari diasaskan oleh syed mokhtar al-bukari yg merupakan salah seorang jutawan di msia...not the top 5 richest but still make malays proud...

bukan setakat masjid je die ade, syoping kompleks, rumah anak yatim, asrama org tua dan pelbagai facilities die ade...

mmg mantop anak malayu nie...so, bilakah giliran kita??!!

Monday, November 2, 2009

kaki bersih


Pada suatu hari,seorang ulama menaiki kapal terbang kerana urusan kerjanya.Setibanya waktu solat,Dia pun masuk ke dalam tandas untuk mengambil wuduk.Tetapi tandas itu terlalu kecil jadi dia terpaksa membuka pintu tandas tersebut tetapi diperasan oleh seorang pramugari.


Pramugari: Pak cik tak boleh buat begitu kerana nanti sinki kotor.
Ulama : (Dengan suara yang lembut) berapa kali saudari mencuci muka sehari?
Pramugari: (Dengan muka yang angkuh) biasanya dua atau tiga kali sehari.
Ulama : (Dengan muka yang rendah diri) saya mencuci kaki saya lima kali sehari.Ini bermakna kaki saya lebih bersih daripada muka saudari.

Sunday, November 1, 2009

penangkapan dr.asri dikecam...


KUALA LUMPUR,2 Nov:Bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin telah ditangkap oleh pihak polis dan pegawai JAIS jam 12.15 tengah malam tadi. Iklan



Kira-kira jam 10 malam tadi,sepasukan lapan anggota daripada Jabatan Agama Islam(JAIS) telah tiba, ketika Dr Asri baru selesai menyampaikan kuliahnya yang dilakukan secara rutin setiap bulan, di kediaman di Taman Sri Ukay,dekat sini.

Suasana menjadi agak tegang apaila orang ramai dan para jemaah yang mengikuti kuliah,terkejut dengan kehadiran sepasukan anggota polis sejumlah kira-kira 40 orang,yang mula mengepung pekarangan rumah tersebut.

Beberapa jemaah yang ditemui Harakahdaily,membayangkan situasi tersebut tidak ubah seperti suasana penangkapan bekas Timbalan Perdana Menteri Dato'Seri Anwar Ibrahim dirumahnya di Damansara pada tahun 1998 lalu.

Sungguhpun begitu,Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin,yang berada di kediaman itu,berjaya meminta orang ramai dan pihak polis yang berada di situ bertenang.

Dalam pada itu,kira-kira 2 jam, para pegawai Jais berunding untuk meminta Dr Asri ke pejabat agama atau balai polis berdekatan.

Pada awalnya,Dr Asri mahu para pegawai itu mengambil keterangan di rumah tersebut, namun setelah berbincang agak lama,Dr Adsri akur untuk ke balai polis berdekatan.

Beliau kelihatan menaiki van JAIS dan diiringi oleh beberapa buah kereta peronda polis.

Sebelum pergi, Dr Asri sempat meminta supaya pihak media menunggu beliau dirumah tersebut kerana akan mengadakan sidang media.

"Jangan bimbang,saya akan balik semula ke sini.Doakan saya.

"Tunggu saya...akan membuat sidang media," katanya di hadapan orang ramai dan pihak media yang mengerumuni rumah tersbut.

Dipercayai tangkapan itu,berikutan dakwaan beliau yang dikatakan mengajar tanpa tauliah dan ada kaitannya dengan sidang media semalam serta memo bantahan lantikan beliau selaku Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah(Yadim).

Beliau dipercayai dibawa ke balai polis Hulu Kelang untuk diambil keterangan.Turut serta bersama beliau ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang,Shaari Sungib.

sumber:harakahdaily.net