Wednesday, July 28, 2010

Orbit dan putaran alam semesta

Satu daripada sebab yang penting daripada seluruh keseimbangan yang teliti di dalam alam semesta ialah seluruh objek langit bergerak dengan mamatuhu laluan orbit tertentu ataupun struktur berbentuk 'sfera'. Walaupun fakta ini baru diketahui, hakikat mengenai orbit ini telah lama dinyatakan di dalam Al-quran;

Dia yang menjadikan malam dan siang, matahari dan bulan, setiap mereka berenang di falak (tempat peredarannya)
Surah al- Anbiya:33


Bintang-bintang, planet dan satelit mengelilingi paksi sendiri dan ruang sistemnya, dan alam semesta yang lebih besar berfungsi di dalam sebuah peraturan yang lebih rapi seperti alat pengawal sebuah mesin.

Orbit di dalam alam semesta tidak terhad kepada pergerakan jasad angkasa yang tertentu. Sistem suria dan serta galaksi-galaksi juga berperanan besar dengan mengelilingi pusat yang lain. Setiap tahun, bumi dan sistem suria bergerak 500 juta kilometer jauh daripada kedudukan pada tahun sebelumnya. Perkiraan telah dilakukan di mana akibat tersasar dengan jarak yang kecil sekalipunberupaya mengakibatkan kemusnahan seluruh sistem. Sebagai contoh, kita akan melihat kesan akibat tersasar landasan sejauh kurang atau lebih daripada 3 milimeter dalam orbit yang normal :

"Ketika mengelilingi matahari, bumi mengikuti seperti suatu orbit dimana setiap 18 batu, ia hanya tersasar sejauh 2.8 milimeter daripada arah. Orbit yang diikuti oleh bumi tidak pernah berubah, kerana walaupun tersasar 2.5 milimeter sebagai ganti 2.8 milimeter, maka orbit tersebut akan menjadi besar dan semua kita akan beku. Sekiranya tersasar sejauh 3.1 milimeter, kita akan mati terpanggang". (Bilim ve Teknik, Julai 1983).

No comments:

Post a Comment