"pinjamkan daku pedangmu..."
Sayidina Ali r.a. punya pedang yang begitu digeruni oleh musuhnya. Pedang yang bernama "zulfaqar" itu sentiasa bersamanya dalam peperangan-peperangan dengan kaum musyrikin. Dan setiap kali membawa pedang itu, Sayidina Ali berjaya mengalahkan musuhnya.
Berita kehebatan pedang itu sampai kepada seorang lelaki. Dia juga seorang pejuang islam. Tertarik dengannya lelaki itu datang menemuai Sayidina Ali dan berkata, "boleh tuan pinjamkan aku pedangmu yang hebat itu."
tanpa byk bicara, sayidina ali berstuju meminjamkannya....
lelaki itu sgt gembira. Apabila berlaku peperangan, dia pun pergi bersama pedang itu. Dia ingin merasai kehebatan pedang sayidna ali itu. Selepas tamat peperangan, dia memulangkan semula pedang tersebut kepada sayidina ali.
"bagaimana, kamu sudah rasa kehebatan pedang ini?" tya sayidina ali.
"ah, biasa-biasa shj. Jika aku tahu begini, tak perlu ak pinjam pedang ini daripadamu. Mengapa pedang ini tidak hebat seperti dikatakan?"
"kamu hanya meminjam pedang tetapi kamu tidak meminjam tangan yang menggunakan pedang itu,"kata sayidina ali.
pengajaran: kekuatan manusia bukan pada alat yang digunakan, tetapi pada dirinya sendiri....
No comments:
Post a Comment